Phone: 03-55447678 / 03-55212433



Syarat Tempahan


  1. Tempahan tidak boleh terlalu awal (< 2 bulan sebelum guna).
  2. Tempahan tidak boleh terlalu lewat (dalam keadaan biasa - 2 hari sebelum guna).
  3. Tempahan 'urgent' (2 jam sebelum guna) tidak akan dipertimbangkan.
  4. Tempahan adalah untuk 1 (sebuah) kenderaan sahaja. Sekiranya memerlukan > dari 1 (sebuah) kenderaan, sila isi semula untuk kenderaan lain melalui sistem.
  5. Sekiranya memerlukan penggunaan kenderaan melebihi 1 hari tanpa bermalam, sila isi melalui sistem mengikut setiap bilangan hari yang diperlukan.
  6. Sekiranya tiada jawapan diterima dalam masa 1 jam sebelum guna sila telefon 03-55447000 (ext.7008/ 7678).
  7. Pastikan emel yang dimasukkan adalah betul kerana segala keputusan akan dimaklumkan melalui emel rasmi pemohon.
  8. Pastikan masa pergi adalah masa dijangka bertolak dari Pejabat SUK dan bukannya masa program/ acara/ mesyuarat bermula dan masa balik adalah masa dijangka sampai semula ke Pejabat SUK.
  9. Setiap pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan kepada pemandu dan pembatalan tempahan dilakukan oleh pemohon melalui sistem ekenderaan.
  10. Pemohon tidak boleh memilih pemandu, hanya pihak Unit Kenderaan, Unit Pengurusan Aset, Bahagian Khidmat Pengurusan sahaja yang akan menentukan pemandu yang sesuai. Sekiranya pembatalan tempahan oleh pemohon yang sama tidak dimaklumkan kepada pemandu melebihi 3 kali, pemohon akan disenarai hitamkan untuk membuat sebarang tempahan kenderaan.
  11. Semua permohonan yang telah diluluskan boleh dibatalkan tanpa memberi sebarang notis sekiranya terdapat keperluan penggunaan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

  Saya setuju dengan syarat-syarat permohonan tempahan ini.

Berita Terkini


SISTEM E-KENDERAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Sistem eKenderaan Pejabat SUK Selangor. Sistem ini membolehkan pengguna menempah kenderaan gunasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor secara atas talian.

Permohonan Tempahan Kenderaan PSUK Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

Adalah dimaklumkan bermula 1 September 2020, permohonan tempahan kenderaan PSUK Selangor akan dilaksanakan melalui sistem ekenderaan di alamat url: https://ekenderaanv2.selangor.gov.my.

Sekian untuk makluman.